MIROSLAV Klose CIPTA Rekod Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Piala Dunia
MIROSLAV Klose CIPTA Rekod Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Piala Dunia Jaringan Miroslav Klose minit ke- 23' membolehkan beliau dis...
https://utarafmblog.blogspot.com/2014/07/miroslav-klose-cipta-rekod-penjaring.html
MIROSLAV Klose CIPTA Rekod Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Piala Dunia
Jaringan Miroslav Klose minit ke-23' membolehkan beliau disenarai penjaring terbanyak selepas mengumpul 16 GOL sepanjang penyertaannya dalam kempen Piala Dunia, meranapkan rekod dipegang bekas bintang Brazil, Ronaldo dengan 15 GOL sejak beberapa tahun lalu.
Lebih Menarik lagi gol tersebut dicipta ketika Pasukan Negaranya Jerman menentang Brazil, negara yang diwakili Ronaldo (pemegang rekod sebelum ini).
Pemain berumur 36 tahun itu membuat penampilan sulungnya pada 2002 di Korea Selatan dan Jepun, dengan mencetak lima gol.
Klose kemudian menambah lima gol lagi dalam edisi Piala Dunia 2006 yang dianjurkan oleh negara kebangsaannya lalu meraih but emas dalam temasya tersebut.
Penyerang Lazio itu terus membuktikan sentuhan berbisanya apabila mengumpul empat gol di Afrika Selatan pada 2010, di mana pasukan Jerman terkandas di peringkat separuh akhir selepas ditumpaskan oleh Sepanyol.
Pencapaian Klose ini bermakna pemain Jerman kembali mengungguli carta jaringan Piala Dunia selepas Gerd Muller memegang rekod tersebut dari tahun 1974 hingga 2006 menerusi ledakan 14 gol.

Ketika ini perlawanan Peringkat Separuh Akhir TAMAT dengan Jerman mengatasi Brazil 7-1 hasil jaringan Thomas Müller (minit 11), Miroslav Klose (Minit 23), Toni Kroos (Minit 24,26) Sami Khedira (Minit 29), André Schürrle (69, 79). Sementara gol saguhati Brazil dijaringkan pada minit ke-90 oleh Oscar.
SUMBER : Blog DJ Kupang
SUMBER : Blog DJ Kupang